Saturday, June 29, 2013

Aktifkan ‘God Mode’ pada Windows 7 anda!

Baiklah pada post kali ini saya kongsikan satu tip atau trik yang ringkas dan berguna iaitu cara untuk aktifkan ‘God Mode’ pada Windows 7 anda.

God Mode
Apa itu ‘God Mode’?
- ‘God Mode’ pada Windows 7 membolehkan anda akses kesemua setting yang terdapat pada Control Panel dalam satu folder,ianya dinamakan GodMode folder.

Bagaimanakah cara mengaktifkannya?
Caranya adalah cukup mudah.
1. Buat satu folder baru pada desktop anda misalnya.


2.Kemudian,namakan folder tersebut dengan nama GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

Dan anda akan dapati satu folder dengan icon control panel akan muncul.


Apabila anda klik pada folder tersebut,anda akan dapat lihat senarai setting dalam Control Panel Windows 7 anda di dalam satu folder.Selamat mencuba!

AWAS! Bahaya Carpal Tunnel Syndrome(CTS) Kepada Pengguna Komputer!



Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

Dari semasa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun.Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com.
Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).
Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?
Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.
Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
  • Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
  • Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
  • Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
  • Faktor genetik.
  • Dan banyak lagi boleh rujuk di sini.
Kebanyakkan dari pengguna komputer tidak mengambil serius mengenai sindrom ini,namun adakah anda sedar sindrom adalah sangat merbahaya,jika tidak dimasa muda mungkin di hari tua kelak.Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini juga mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan anda tidak akan dapat berfungsi sama sekali.
Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
  • Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan.Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus(mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
  • Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse(rujuk gambar).
  • Gunakan papan kekunci dengan betul.
*Posisi Kedudukan yang betul ketika menghadap komputer.Pastikan duduk dengan cara yang betul.
Sentiasa lakukan senaman tangan untuk mengelakkan penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.
Pesan saya,mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.Lakukan sentiasa pergelangan tangan untuk mengelakkan anda terkena penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.

Default Password Untuk Streamyx ADSL Modem

 

Bagi mereka yang biasa atau mencari info untuk log masuk ke modem internet anda,mungkin senarai butiran modem ASDL ini boleh membantu anda.Kadang-kadang saya sendiri tercari-cari butiran ini di internet,jadi dengan adanya artikel ini akan memudahkan lagi kerja kita untuk log masuk ke modem adsl kita melalui butiran-butiran yang telah diberikan ini.


  1. ZTE modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: ADSL
      Password: expert03
    • Username: ZXDSL
      Password: ZXDSL
    • Username: admin
      Password: telekomst
  2. KASDA modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: telekomst
  3. ArtNet modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: telekomst
    • Username: admin
      Password: admin
    • Username: admin
      Password: password
  4. Triz modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: aaaaaaaa
  5. Aztech modem
    • IP Address: 10.0.0.2 OR 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: blank
    • Username: admin
      Password: password
    • Username: admin
      Password: admin
  6. Billion modem
    • IP Address: 192.168.1.254
    • Username: admin
      Password: password
  7. Huawei modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: admin
  8. Hyundai HSE-220 Modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: ADSL
      Password: ADSL
    • Username: admin
      Password: ADSL
    • Username: root
      Password: root
  9. Riger DB102
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: tmadmin
      Password: tmadmin
  10. TP-LINK MODEM / ADSL2 / ROUTER
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: admin 
   11. D-LINK 
  • IP Address: 192.168.1.1
  • Username: tmuser
  • Password: tmuser
   12. Riger DB108-WL
  • IP Address: 192.168.1.1
  • Username: tmadmin
  • Password: tmadmin

Thursday, June 27, 2013

TIPS MELAJUKAN BROADBAND SELEPAS HABIS LIMIT BANDWITH

Ok,saya kongsi pula teknik melepasi had kuota broadband untuk pengguna ‘Celcom Pospaid sahaja’.Apabila habis limit bandwith iaitu 5GB maka secara automatik kelajuan internet menjadi sangat lembab tahap siput.Hal ini menyebabkan saya mencari alternatif untuk melepasi kuota bandwith/limit broadband dan akhirnya jumpa teknik ni.Walaupun teknik ini sudah dihidu oleh pihak Celcom tetapi ianya masih lagi berkesan terutamanya bagi orang yang tidak pernah menggunakan teknik ini.Teknik ini boleh juga digunakan untuk Digi & Maxis tetapi bukan untuk melepasi had  kuota bandwith,kerana Digi & Maxis mengenakan Caj berdasarkan penggunaan jumlah bandwith.jadi teknik ini Cuma berkesan untuk mengekalkan kelajuan internet bagi Digi & Maxis tetapi tidak dapat melepasi kuota bandwith.Terdapat 2 cara untuk melepasi had kuota broadband tapi untuk kali ni saya kongsi cara ini dulu. 

1. Bagi pengguna window XP hingga windows 7 caranya,klik butang ‘start’pastu taip “run”dan tekan ENTER manakala bagi pengguna windows 8 anda hanya perlu cari kotak ‘run’

2. Taip “cmd” tak kira samada huruf kecil ataupun huruf besar pastu tekan ENTER akan keluar seperti di bawah

3. Selepas keluar command prompt seperti ini taip pula “ipconfig” dan tekan ENTER
4. Akan keluar seperti ini dan Cari ipv4 address dan tulis atas kertas agar mudah memasukkannya nanti,seperti gambar di bawah.

5.Taip “ping (ipv4 address) -t“contohnya seperti ini "ping 10.161.104.150 -t" dan tekan enter jika ia menjadi seperti gambar yang saya tunjukkan di bawah, ianya dah jadi.jangan tutup.biarkan/minimize saja sambil melayari internet.


Selamat Mencuba

**NOTA**
Cara ini sudah tidak berkesan lagi untuk melepasi had kuota broadband tetapi sentiasa berkesan untuk mengekalkan kelajuan internet [ Update at 27.06.2013 ]

Windows Activator


Atas permintaan seorang kawan saya kongsikan cara aktifkan windows ( windows Vista & Windows 7 Sahaja ). Pernahkah Mengalami situasi seperti gambar diatas?ini terjadi, mungkin disebabkan windows  yang digunakan memang palsu atau anda secara tidak sengaja terdelete data didalam system komputer/laptop.Pernah juga terjadi kes dimana windows yang diinstall di kedai sewaktu kita membeli notepad/laptop/komputer palsu kerana kedai tersebut lebih mementingkan keuntungan.Lebih malang lagi jika warranty dari kedai tersebut Hilang ataupun telah tamat.Jadi saya kongsi cara bagaimana mahu menjadikan window  yang kita gunakan genuine. Cara ini pernah saya gunakan dengan windows Vista dan window 7 ( home basic/starter,home premium, professional dan Ultimate )

download software ini dulu Download Sini

Password : juslyh


OK!!!! Apabila siap proses download buka windows loader terlebih dahulu

Keluar gambar seperti ini pastu klik dekat tempat yang saya tandakan.maaf gambar ini saya ambil sendiri dan disebabkan windows yang saya gunakan adalah windows 8 jadi aplikasi ini tidak menyokong window 8.pasal tu keluar 'unsupported operating system'. Lepas klik tunggu hingga siap pastu restart  notebook/laptop/komputer..Masih lagi keluar your windows is not genuine?kalau tulisan your windows is not genuine sudah tiada selepas restart komputer langkah ke-2 tidak payah dilakukan tetapi kalau masih ada buka pula wat remover. Cuma klik kat remove wat dan tunggu hingga siap,pastu restart.kalau wat remover sudah di lakukan bolehlah update windows anda  tanpa ragu-ragu




Kalau Butang download di atas tidak dapat download atau disebabkan server Error sila klik link di bawah untuk memuatturun Activator


**Nota**
Kadang-kadang aplikasi ini di kesan sebagai virus oleh sesetengah antivirus, Jangan risau ianya bukan dalam kategori mana-mana virus ataupun trojan.

Cara melajukan komputer anda


1. Buka notepad dan taip : mystring=(80000000). Pastikan sama macam dalam gambar di bawah ini. Actually korang boleh pilih nak letak berapa saiz code tu..bergantung pada saiz RAM korang.


  • mystring=(80000000) for 128 MB RAM 
  • mystring=160000000 for 256 MB RAM 
  • mystring=320000000 for 512 MB RAM
  • mystring=655000000 for 1 GB RAM
  • mystring=1000000000 for 2 GB RAM


2. Save kat desktop. Jangan lupa tukar Save As Type kepada All Files. Namakan fail tu RAM.vbe ataupun korang boleh letak apa saja nama asalkan di hujungnya .vbe.


 
3. So, jadilah macam kat bawah ni. Double-click ikon tu dan rasailah kelajuan yang menakjubkan pada laptop atau PC korang..memang terasa laju..tak tipu ni..heheh