HOME



                 

                    Husnulhayat - TECH adalah sebuah blog yang telah dibina pada 01/12/12 untuk admin jadikan ia buku admin dan berkongsi ilmu IT yang tidak seberapa ini kepada anda, segala perkongsian di sini merupakan himpunan ilmu IT yang admin perolehi dari sumber pengalaman sendiri dan juga rakan blog IT Malaysia & indonesia, penggunaan bahasa Indonesia telah admin tukarkan  kepada bahasa Malayu, ini bertujuan memudahkan lagi pengunjung Husnulhayat-Tech memahami apa yang terkandung di blog ini.

                      Tujuan sebenar admin membina Husnulhayat - TECH adalah menjadikan blog ini sebagai buku rujukan admin dan sumber untuk mendapatkan software dengan mudah, oleh itu admin memuatkan segala nota-nota IT yang admin miliki ke dalam blog ini dan admin linkkan terus blog ini dengan web kegemaran admin bagi dapatkan software yang segar, huhuhu... jadi admin tidak perlu lagi memenuhkan bookmark browser internet dan tercari-cari apa yang admin mahukan dicelah-celah jutaan web & blog yang ada didunia ini, kerana semuanya sudah pun admin himpunkan kedalam 1 blog, mudahhh kan.. Admin yakin blog ini juga memudahkan anda untuk mendapatkan apa-apa yang BASIC untuk kebaikan pc anda, walaupun masih banyak kekurangan disini.

                     Semua posts yang terdapat di sini adalah berkaitan ilmu perkomputeran yang asas, ini memudahkan lagi mana-mana pengujung yang baru menceburkan diri dalam bidang ini untuk mengetahui asas-asas komputer , membaiki software komputer dan selenggara hardware komputer dengan mudah. 


                     Diharapkan semua tips , triks & skill yang admin lampirkan di blog ini akan dapat membantu anda menyelesaikan masalah komputer anda dan tidak perlu hantar ke kedai komputer lagi, admin memohon maaf jika ada kekurangan yang terdapat pada setiap posts blog ini, dan admin akan berusaha untuk memperbaikinya, In shaa Allah.

                      Segala yang baik dan sempurna ilmunya adalah Allah, dan yang kurang lagi tidak sempurna itu hadirnya dari kelemahan admin sendiri, saya sebagai admin@webmaster Husnulhayat-Tech ingin mengundur diri dan mengakhiri ucapan ini dengan assalamualaikum warahmatullah. =) 




 

Johor Darul Ta'zim