Image backup
ni adalah salinan lengkap satu partition atau hard disk yang dijadikan
sebagai backup. Manalah tahu tiba-tiba komputer kita kena serang virus
sampai tahap nazak, ataupun sistem komputer kita dah jadi macam tak
betul misalnya jadi lembab sangat, ataupun mungkin kita rasa sistem
komputer kita ni dah jadi terlalu serabut banyak sangat software entah
apa-apa yang kita dah install.
Kalau dulu-dulu, bila kita dah bosan sangat dengan keserabutan
sistem komputer kita tu, mesti kita (aku la) rasa nak format jer lepas
tu buat fresh install Windows. Ataupun, kalau tak tahu format sendiri,
kita hantor jer ke kedai komputer ,habis citer. Suruh tokey kedai
komputer yang formatkan, pasal kita ada banyak duit.
Tapi
sekarang dah tak yah membazir duit dan tenaga lagi. Iyelah... bukan
sekejap masa nak format dan install Windows, belum masuk cerita nak cari
driver dan install balik software-software yang kita nak guna. Sekarang
Microsoft telah membuat fungsi system image backup. Dengan fungsi ini,
Windows akan membuat image backup sistem komputer kita serupa macam kita
copy image CD-ROM kedalam bentuk ISO, IMG atau BIN.
Dalam bahas mudah, tak payah format dan install Windows semula... yahoo! habislah tokey kedai komputer, hilang satu sumber...
Dalam bahas mudah, tak payah format dan install Windows semula... yahoo! habislah tokey kedai komputer, hilang satu sumber...
Sebelum
Windows 7 ni, software yang biasa aku guna untuk buat image backup
ialah Norton Ghost dan Acronis True Image. Fungsi dia memang sebijik.
Aku suka guna Norton Ghost pasal dia sangat cepat, dan fail backup dia
pun kecik. Tapi kat sini aku cuma tunjuk cara guna Windows punya image
backup lah pasal semua orang ada fungsi ni dalam Windows 7 semua edisi..
dah takyah beli 3rd party software atau pirate software lagi.
Cara Buat System Image Backup
Berpandukan gambar atas ni, aku nak buat image sistem iaitu drive C: dan simpan dia dalam drive F:
1. Buka Control Panel > Backup and Restore
2. Klik pada Create a system image
3. Pilih drive untuk kita simpan backup (destination)
Pastikan
destination drive tu besar. Sistem aku sekarang tak ada install apa-apa
software pun dah memerlukan lebih kurang 7GB. Jadi agak-agaklah. Aku
cadangkan sedialah 30-50GB partition untuk dibuat tempat simpan backup.
Yang paling terbaik sekali jika simpan backup ni dalam external hard disk atau burn dalam DVD (Tapi kena buna banyak DVD).
4. Pilih drive mana yang kita nak backup (source)
Aku
cuma nak buat image backup untuk sistem sahaja. Sistem komputer aku
(Windows) ada dalam drive C:, jadi tick pada C: sahaja. (System reserver
tu memang tak boleh ubah, wajib tick)
5. Comfirm backup
Bila dah pastikan, apa yang kita nak buat tu dah betul, tekan button Start backup
6. Start
Proses ni tak lama, ikut besar sistem. Kalau setakat ada Windows 7 ajer, masa diambil lebih kurang 5 minit.
7. Siap.
Bila dah siap, ada option untuk buat system repair disc.
Kalau belum ada system repair disc, sepatutnya kena buat. Tapi kalau tak ada CD drive, tak boleh buat.
System repaid disc ni perlu kalau komputer kita tak boleh masuk Windows.
![]() |
Dah siap! |
![]() |
Drive F: dah ada backup file |
Ini
adalah proses buat image backup di drive F:, nanti lain kali aku tunjuk
pulak cara-cara untuk restore dari image backup tadi.
Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Buat Backup
Pada pendapat aku, masa yang paling sesuai ialah selepas kita siap buat fresh install Windows. Siap fresh install ni maksud aku:
2. Driver dah complete
3. Software dah complete : Ms Office, Photoshop, Picasa, Firefox, Anti Virus dan lain-lain software yang wajib bagi aku
4.
Setting-setting Windows dan software dah puas hati : display
resolution, theme, start-up,dah register software, update antivirus dan
update Windows etc
5. Tak ada apa-apa masalah
Bila semua dah puas hati, barulah aku buat backup.