Sunday, December 2, 2012

Cara-cara format komputer/laptop dan pasang Windows 7



Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan wang anda daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku apa-apa masalah pada komputer yang tidak dapat anda betulkan, anda cuma perlu format ia kembali!
Jadi, panduan yang pertama ini akan menerangkan cara-cara untuk format komputer dengan Windows 7. Anda cuma memerlukan sebuah komputer, CD pemasangan Windows 7, dan sekotak biskut untuk menemani anda sambil anda menunggu. Dah sedia? Jom mula sekarang!

Bagaimana nak pasang Windows 7 pada komputer/laptop

1) Hidupkan komputer dan masukkan CD/USB Windows 7.

Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD. Untuk maklumat lanjut tentang boot sequence, 
Cara setting BIOS

2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.



format1

Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.
format2


format3

3) Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan ‘Next’
format4

4) Tekan butang “Install now”

format5

5) Pilih edisi Windows 7 anda di ruangan ‘Architecture’, dan tekan ‘Next’.
note : x86 untuk 32bit dan x64 untuk 64bit.
Pilih berdasarkan kesesuaian pc anda.


format6

6) Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’.

format7

7) Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.

format8

8) Pilih "Drive options(advance)" Klik New, akan kluar box untuk create partition system.
9) Pilih Partion yang kedua untuk install windows.

format9

10) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer anda akan restart dengan sendiri.

format10

format11


11) Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.


format1

format3

Windows akan restart lagi dengan sendirinya, anda hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.
format12

format13
 
12) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama anda pada ruangan “user name” dan tekan ‘Next’.


format14

13) Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, dan tekan ‘Next’.

format15

14) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7 anda.

Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan anda mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika anda menangguhkan langkah ini.


format16

14) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.

format17

15) Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.

format18

16) Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.

format19

17) Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan!

format20


Tahniah! korang dah berjaya format komputer sendiri! weww selamat RM50 hehehe.Lepas ni boleh la korang buka service format komputer wkwkwk.

Ok Windows dah siap install, lepas ni korang cuma perlu install software basic untuk kegunaan harian.

Antara software tersebut :

1. Avira Antivirus untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira. 


2. K-Lite Mega Codec Pack supaya anda boleh memainkan pelbagai jenis video. 

3. 7-zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi. 

4. Flash Player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet. 

5. Adobe Reader untuk membuka fail PDF.
orait selesai format laptop korang enjoy!!
Sila klik untuk mendapatkan Software Windows 7 iso & Windows 8 iso , jangan lupa! anda perlu burn dahulu iso ini kedalam DVD or Flash Disk , sila klik ini untuk mengetahui caranya ISO DVD BURNING & BOOT FROM FLASH DISK dan yang terakhir sebelum memformat komputer anda mestilah setting bios untuk memulakan format , SEMOGA BERJAYA ......

Sekian sahaja dari admin husnulhayat - Tech.. ok!!.. Jangan lupa like yeee... TQ