Monday, December 3, 2012

Apabila Netbook Tak Boleh Masuk Windows 7 - siri 2

Lagi satu cara kalau cara sebelum ni tak berjaya untuk memulihkan netbook supaya boleh masuk Windows 7 semula.

Cara ni menggunakan arahan pada Command Prompt yang boleh di buka melalui System Recovery Options yang telah aku tunjukkan pada post terdahulu.

Nampak macam susah dan leceh. Tapi senang giler. Ikut ajer step-by-step.

Problem:


Masih tak dapat masuk Windows 7. Kalau start netbook, cuma ada satu cursor berkelip-kelip kat bahagian atas belah kiri, lepas tu tak ada apa-apa berlaku.
Kali ni nak masuk safe mode pun tak sempat..

Penyelesaian:


Buka Command Prompt
1. Masukkan "USB pen drive Windows 7" atau pen drive yang ada "Windows 7 32-bit repair disc". (Kalau laptop/desktop yang ada DVD drive masukkan DVD Windows 7)

2. Start netbook dan terus tekan ESC (Netbook HP, lain jenis lainlah keynya)

3. Tekan F9 untuk BOOT Device Options. Akan keluar Boot Manager macam dalam gambar di bawah.


4. Pilih USB Pendrive. Macam contoh kat atas tu pilih KingstonDataTraveler2.0. Lepas tu tekan Enter.


5. Lepas tu kalau keluar soalan macam ni "Press any key to boot from CD or DVD..." cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.

6. Kalau berjaya akan keluar macam ni:



7. Lepas tu, pilih keyboard input method - the default us keyboard will just do. Press next


8. Windows searching for installation a few minutes


9. Bila siap scan pilih "Use recovery tools that can help fix problems starting Windows"
Pilih operating system to repair dalam list tu.

10. Windows akan tanya Username dengan Password Windows tersebut. Lepas tekan Next, akan keluar window sperti di bawah:

11. Pilih yang paling bawah sekali tu "Command Prompt."

Arahan Dalam Command Prompt

bila dah masuk Command Prompt, taip command ini:

bootrec /fixmbr
bootrec /fixboot
bootrec /rebuildbcd
bootrec /scanos

dan

bcdboot c:\windows

(sila tukar c: tu kepada drive yang sepatutnya. Kalau failure dekat C tukar D iaitu 

bcdboot d:\windows

lepas tu taip exit dan restart netbook.