Sunday, February 14, 2016

Tips komputer sejuk menggigil

Setiap komputer mempunyai prosessor yg memproses segala kerja manusia seharian. Pada komponen ini terdapat 1 cpu fan, 1 heatsink dan cecair thermalpaste..

Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting untuk dijaga , kerana bahagian ini adalah pusat segala gerak kerja anda apabila anda menggunakan komputer.

Jika bahagian ini rosak ia juga mampu merosakkn komponen-komponen lain dan secara langsung mengganggu tugas harian anda apabila anda menggunakannya..

kesan overheating :

1.komputer akan mati dengan sendiri.
2.kerosakkan mainboard.
3.kerosakkan pada vga chip.
4.kerja anda ketika itu akan hilang.
5.kerosakkan pada prosessor.

Bahagian ini seharusnya dijaga supaya tidak berlaku "overheat".. Bahagian prosessor ini boleh menjadi terlalu panas apabila salur angin keluar dan masuk tersumbat dengan habuk tebal, selain itu ia juga boleh panas melampau kerana fan tidak berfungsi atau cecair thermalpaste sudah mengeras..

Bagi memastikan komputer anda berfungsi sepenuhnya, maka anda perlu memeriksa bahagian-bahagian tersebut