Monday, November 25, 2013

CARA INSTALL / UPDATE DRIVER KOMPUTER ANDA

                  
Assalamualaikum....... hari ini admin nak kongsi suatu kepada anda, iaitu SLIMDRIVER , mungkin ramai yang dah tahu tentang sofware ini, suatu software yang sangat-sangat berguna dan sangat-sangat penting bagi seseorang setelah selesai memformat laptop/pc mereka.

Seperti yang anda tahu, apabila selesai memformat komputer anda, maka anda akan kehilangan kesemua driver penting seperti audio driver, VGA/Graphic, wifi adaptor, usb driver, prosessor dan macam-macam lagi, sebagai contoh, sila lihat gambar dibawah.


Slimdriver amat memudahkan anda untuk mengupdate dan install driver laptop anda, seperti yang anda juga tahu, bahawa setiap laptop dan pc mempunyai pelbagai jenis model dan versi, sebagai contoh laptop Acer sahaja mempunyai ratusan model laptop dan siri keluaran dan ia menyukarkan anda untuk mendownload satu persatu driver yang tepat dengan modelnya, dengan menggunakan Slimdriver anda cuma perlu DOWNLOAD software ini dan install, kemudian klik butang START SCAN lalu anda akan dapat lihat senarai software dan driver laptop anda mengikut model dan versi keluaran dengan tepat.... sebagi contoh sila lihat gambar dibawah.



itu lah antara penerangan ringkas tentang slimdriver, admin sediakan link untuk anda dowdload SLIMDRIVER

Selamat mencuba =)