Thursday, January 3, 2013

Buang Virus Koobface (FACEBOOK VIRUS)





hi. how are you?
Reply
Wanna laugh?  
Reply
It is you on the video ? want to see?
Balas lagi ? kali ini lah link virus akan dihantar kepada anda. ( seperti gambar diatas )


Virus ini sebenarnya telah menyerang pengguna Facebook hampir 4-5 bulan yang lepas lagi.
Cuma saya tergerak untuk menulis tentangnya kerana beberapa hari yang lepas, seorang perempuan cuba memancing saya dengan memberikan link yang mengandungi virus terbabit.




Adakah komputer saya terjejas akibat menekan link tersebut?

Jawapannya ialah tidak. KECUALI anda telah "mendownload" fail yang terdapat di dalam link tersebut. 
Bagaimanapun, jika anda telah terlanjur mendownloadnya, jangan panik kerana banyak cara untuk membuangnya kembali.
Virus ini dikenali sebagai "koobface virus" iaitu sejenis cecacing yang tersebar di dalam rungan chat box Facebook.
Jika anda terkena virus ini juga, kemungkinan juga Facebook anda tidak boleh lagi dibuka.


Langkah Membuangnya 

Cara Pertama : Menggunakan Hosts File

Buka Hosts Fail anda :

Window + R  (RUN)

Untuk  Windows NT dan Windows 2000 :
C:\winnt\system32\drivers\etc

Windows XP, Windows Vista atau Windows 7 :
C:\Windows\System32\drivers\etc


Clik Ok

Cari fail bernama "Hosts" dan double klik terus pada fail tersebut. 
Pilih Open As Notepad.


Kelihatan fail tersebut seperti ini :



Cari perkataan dengan baris seperti :
 facebook.com (example: “127.0.0.1 http://www.facebook.com”  )

Buangkannya.

Tutup Hosts fail tadi dan save kan ia.

Selesai.


Cara Kedua : Menggunakan Task Menager

Buka Task Menager anda (CTRL + ALT + DEL)

Kill pada processes :


btre6.exe dan mstre6.exe

atau

Buka RUN anda : Window + R

Taip regedit

ENTER

Delete pada registry ini :


HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”
HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating;

PERHATIAN :

Anda tidak digalakkan sama sekali untuk memadam mana-mana fail yang anda tidak ketahui kerana ia mungkin akan menyebabkan window anda mengalami masalah.