Bagi menjaga komputer senang sahaja sekiranya ia menjadi
satu tabiat. Terdapat beberapa perkara yang ingin dibincangkan didalam artikel
teknik penjagaan komputer ini. Di harapkan apabila kita sudah baca teknik
penjagaan yang mudah ini, jangka hayat komputer anda akan lebih lama.
Teknik menjaga komputer ini merangkumi beberapa topik utama
yang perlu menjadi perhatian. Topik pertama adalah mengenai masalah habuk.
Selepas itu kita akan berbincang pula mengenai kesan suhu ke atas komputer,
masalah virus, cara penggunaan dan akhir sekali kita akan membincangkan serba
sedikit mengenai cara penyelenggaraan komputer anda dengan betul. Di harapkan
artikel ini akan dapat memantu semua orang dalam teknik penjagaan komputer yang
berkesan.
Masalah habuk
Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk.
Habuk ini sentiasa betrada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel
halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat
pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan
termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangkahayat
komputern akan kurang Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari
udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.
Cara untuk menghilangkan habuk senang sahaja. Cara
pencegahan, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan dengan plastik
komputer. Cara rawatan pulak, gunakanlah vacum cleaner yang berkuasa rendah dan
berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda
(jangan gunakan yang berkuasa kuat kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen
komputer tersebut).
Masalah suhu
Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk
yang dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan
komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan
jangkahayat sesebuah komputer tersebut. berhati-hati dengan air dan kelembapan!
Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak di ingini. Komputer yang
terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada
penggunaannya. AWAS! Jaga-jaga sebelum terkena. Cara untuk mengatasi masalah
ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari pancaran
matahari.
matahari.
Masalah virus
Ini merupakan masalah menjadi perbualan yang hangat di
internet. Masalah virus sebenarnya berpunca dari sikap semulajadi manusia yang
akhirnya mengalami kerugian pun manusia juga. Virus amat mudah merebak melalui
internet terutamanya melalui email-email anda. Awas semasa membuka email dari
sumber-sumber yang tidak di kenalpasti keselamatannya. Virus juga mudah merebak
melalui perkongsian disket dan penggunaan software pirate! Virus akan
menyebabkan perjalanan PC anda akan terganggu atau mengalami kerosakan.
Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah komputer anda dari di jangkiti virus adalah dengan mendapatkan perisian antivirus terkini dan senantiasa updatekan perisian anda antivirus anda dengan definasi virus-virus terkini (biasanya update melalui internet). Terdapat banyak jenama perisaian antivirus yang terkenal dan boleh di harapkan (reliable). Di antaranya ialah Norton Anti Virus, PC-Cilin antivirus, Mc AFee antivirus dan Innoculan antivirus. Anda di syorkan untuk updatekan definasi virus terkini dari internet sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Beringat sebelum komputer anda terkena virus... Mencegah lebih baik dari merawati.
Masalah cara penggunaan
Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa
komponen komputer yang mempunyai jangkahayat yang rendah. Komponen-komponen ini
terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu
di gantikan bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse yang perlu di gantikan
pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan
lama dan selesa untuk di gunakan.
Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan
cara menutup komputer anda dengan betul dengan menekan menu START - SHUT DOWN -
OK! (Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di
syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)
Maintanence
Perkara yang terakhir yang nak dibangkitkan di sini ialah
maintainence.
Tujuan maintainance adalah untuk menjadikan komputer anda
lebih senang dan mudah digunakan. Maintanance dibahagikan kepada 2. Yang
pertama adalah secara hardware dan yang kedua ialah software. Bagi hardware,
alatan yang perlu ada ialah skru-driver atau pemutar skru jenis +... Solution
pembersih (mild detergent), Vakum cleaner, CD Cleaner, Floopy drive cleaner,
kain buruk yang lembut serta tidak berbulu. fungsinya seperti dibawah:
Skru driver jenis + - Gunanya untuk membukak PC kita nanti
untuk di maintainkan.
Solution pembersih - Gunakan untuk mencuci casing, monitor,
keyboard, mouse, scanner dan apa sahaja yang berpermukaan daripada habuk
Vakum cleaner dan berus kering - sedut habuk yang terdapat
di dalam komputer dan bilik anda.
Bila sudah siap maintainance bahagian hardware, kita kenalah
jalankan operasi untuk manitainance bahagian software pula. Mula-mula sila
delete (padamkan) fail yang tak perlu. Fail-fail yang tak perlu ini termasuklah
fail-fail yang berakhir dengan .chk , fail-fail log, fail-fail yang di gunakan
sementara (fail-fail temporary).
Deletekan juga cookies atau history - kalau rasa perlu (di
dalam browser internet explorer atau netscape navigator) dan buang program yang
tidak di gunakan lagi (uninstall). Cara untuk uninstall ini hendaklah menggunakan
step yang betul. Sekiranya program tu ada mempunyai menu uninstall nya sendiri,
itu tidak menjadi masalah. tetapi sekiranya tiada menu uninstall, kenalah klik
menu START - SETTINGS - CONTROL PENAL dan cari menu ADD/REMOVE PROGRAMS. Klik
program yang ingin di buang dan tekan butang Add/Remove.
Terakhir sekali ialah jalankan scandisk dan difragmentation.
Begitulah langkah-langkah yang harus di lakukan untuk
menjaga komputer supaya dalam keadaan baik selalu.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda, selamat beramaaaal.. =)
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda, selamat beramaaaal.. =)