Monday, December 3, 2012

Cara recover files yang hilang selepas diformat menggunakan Recuva




Pernah tak anda mengalami masalah berikut?
  • hantar laptop kat kedai tapi lupa backup, akibatnya semua barang dalam hard disk lenyap
  • pendrive atau external hardisk mengandungi banyak dokumen2, gambar2 penting tapi hilang, sebab terdelete, sebab file jadi corrupt atau tersilap format
  • gambar2 cun yang anda ambil pakai camera dslr dan digital camera tapi memory card x boleh baca dan anda terpaksa format juga
  • erase semua data dalam memory card smartphone atau handphone tanpa membuat sync atau backup
Kemungkinan besar file2 yang telah hilang tersebut boleh recover menggunakan program2 tertentu, walaupun tak dapat semua seperti 100% asal tetapi lebih baik daripada tiada langsung kan. Recuva ialah perisian yang anda perlukan sekiranya anda mengalami beberapa situasi seperti di atas.


Apa itu Recuva?

Recuva ialah perisian untuk UNDELETE, UNERASE, serta recover file yang telah hilang akibat proses format.
Boleh digunakan pada hard disk biasa, solid state drive, iPod, iPhone, memory card, external hard disk, pendrive dan lain-lain storan berasaskan Flash Strorage.
Recuva tidak boleh recover file yang diformat menggunakan kaedah low-level format dan juga file yang didelete menggunakan secure method.

Cara Menggunakan Recuva


Run program Recuva, kemudian pilih jenis file yang anda hendak recover, contohnya gambar, music, documents, video dll. Kalau nak recover semua jenis file yang ada boleh tapi mengambil masa yang sangat lama melampau-lampau.
File2 yang baru didelete atau diformat mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk recovery. Kalau yang dah berbulan-bulan atau bertahun-tahun delete jangan mimpi la nak dapat balik.

Pilih lokasi asal file2 yang telah didelete atau diformat. Kalau nak search seluruh computer tekan I’m not sure.

Jika anda telah membuat scan tapi gagal jumpa file yang telah didelete, anda mungkin terpaksa membuat Deep Scan. Deep scan mengambil masa yang sangat lama untuk siap.

Selepas proses analyze dan scan siap, anda boleh preview file2 yang telah dijumpai, dan jika jumpa file yang anda perlukan, boleh tekan butang Recover.
Sila recover pada drive yang berlainan dengan yang anda scan, contohnya anda scan pada pendrive (X:\) anda kena restore pada drive C:\ atau D:\ misalnya. Selepas siap restore sila check dan pastikan bahawa file yang direstore itu boleh dibuka seperti biasa.
Jika anda betul2 mengalami masalah besar akibat kehilangan file, diharap program Recuva ini dapat membantu anda semua.

Download Recuva

Download daripada laman web Piriform: Recuva Download 

Sekian sahaja dari husnulhayat - TECH... ok!!... jangan lupa like yeeee