
Windows 8 sudah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Pasti ramai yang teruja untuk mencuba dan menggunakan Windows terbaru keluaran Microsoft ini.
Terdapat pelbagai ciri menarik yang hadir bersama Windows 8 ini. Salah satunya ialah Internet Explorer 10, Windows Store dan sebagainya. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Windows 8 ini di laman rasmi Microsoft sendiri.
Keperluan minimum untuk Windows 8:
Jenis | 32-bit | 64-bit |
---|---|---|
Pemprosesan | 1 GHz | 1 GHz |
Memori | 1GB | 2GB |
Kad Grafik | DirectX 9 | DirectX 9 |
Cakera keras | 16GB | 20GB |
Baiklah, berikut merupakan buku Panduan Windows 8 yang sedia dimuat turun:


Anda boleh dapatkan Windows 8 yang tulen di kedai komputer berhampiran dengan anda atau beli secara online di laman web Microsoft. Selamat mencuba Windows 8.
Mahu crack atau activator untuk Windows 8? Anda boleh search di internet. Laman web ini tidak menyokong cetak rompak. Harap maklum.

Terokailah Windows 8 kerana banyak ciri-ciri yang menarik terdapat di dalamnya.
Sekian sahaja dari husnulhayat.com