Monday, December 3, 2012

Tutorial bagaimana cara "backup" data.








Sekiranya komputer anda gagal untuk boot atau masuk Windows, anda boleh menggunakan cara berikut untuk backup data dalam hard disk laptop.

hard-disk-laptop

1. Cabut hard disk laptop anda
Menggunakan pemutar skru, buka bahagian belakang laptop anda dan keluarkan hard disk laptop anda. Untuk laptop Acer biasanya sangat mudah dan tidak sampai 5 minit sudah boleh cabut hard disk.

hard-disk-laptop[4]

2. Gunakan kabel SATA to USB converter
Kabel ini boleh dibeli biasanya dengan harga RM20-30 dan pastikan ia untuk hard disk laptop bukannnya untuk hard disk PC. Kabel yang saya beli ini didatangkan bersama dengan casing tetapi untuk tutorial ini saya hanya sambungkan adapter dia sahaja.
Cable ini akan menukarkan hard disk laptop kepada USB dan komputer akan detect hard disk laptop ini seperti external hard disk.

hard-disk-laptop[7]

3. Sambung Hard Disk kepada PC atau laptop lain
Lepas itu, sambung hard disk kepada PC atau laptop lain menggunakan usb port. Biasanya led indicator akan menunjukkan hard disk anda telah disambung kepada PC atau laptop.

4. Hard disk laptop anda akan muncul dalam My Computer

hard-disk-pc

Hard disk anda akan muncul di My Computer dan anda boleh akses segala partition yang ada dalam partition hard disk laptop anda itu. Anda bebas copy/paste/delete/format data dalam hard disk tersebut. Nah, senang sahaja proses backup data hard disk laptop bukan?

Saya harap lepas ini anda boleh sentiasa backup data-data penting dalam laptop anda itu sebelum hilang. Movie, mp3 atau games boleh download semula, tapi gambar-gambar daripada kamera dan kenangan bersama rakan-rakan, keluarga kalau dah hilang tanpa backup memang menyesal habis. anda juga boleh membackup menggunakan software, sila klik HUSNULHAYAT.COM 

Selamat mencuba :)